Logo Pusat Tuisyen Teraju Didik

Pusat Tuisyen Teraju Didik

Borang Pendaftaran Pelajar Sesi 2027 (Pengkalan / Pasir Puteh)

1. Maklumat Ibu / Bapa / Penjaga
2. Maklumat Pelajar, Subjek & Dokumen

Sila lengkapkan maklumat Anak Pertama dan tekan butang Simpan. Jika ingin mendaftarkan lebih daripada seorang anak, butang tambah anak seterusnya akan muncul selepas disimpan.

Ingin mendaftarkan anak seterusnya?

📜 Rincian Yuran Pendaftaran PTTD

Sila pilih Tahun/Tingkatan dan Subjek untuk melihat perincian Yuran Permulaan.
3. Terma & Syarat PTTD
1. Pendaftaran
  • Semua maklumat yang diberikan semasa pendaftaran mestilah tepat, benar & terkini.
  • Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak pusat tuisyen sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat yang diberikan.
2. Yuran
  • Yuran Permulaan perlu dibayar sebelum kelas bermula.
  • Pihak ibu, bapa atau penjaga perlu membuat bayaran yuran bulanan sebelum 7hb setiap bulan.
  • Semua yuran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan (kecuali atas sebab-sebab tertentu).
  • Segala bukti pembayaran (resit) yang telah dibuat setiap bulan perlu disimpan. (Saya faham bahawa sebarang percanggahan tanpa bukti tidak akan dilayan).
  • Bagi pelajar kumpulan kecil (2-4 orang pelajar), kadar yuran bulanan akan berubah mengikut bilangan pelajar. Jika bilangan pelajar yang tinggal hanya seorang, pelajar perlu membuat bayaran mengikut kadar kelas persendirian.
3. Kehadiran & Kelas Ganti
  • Pelajar mesti hadir tepat pada waktunya untuk setiap kelas.
  • Jika pelajar tidak hadir (terutamanya pelajar Persendirian atau Kumpulan kecil), ibu, bapa atau penjaga perlu memaklumkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum kelas bermula.
  • Kelas hanya akan ditunda sekiranya guru tidak dapat hadir ke kelas tersebut.
  • Kelas masih akan dijalankan seperti biasa sekiranya pelajar tidak dapat hadir ke kelas tersebut.
  • Kelas ganti akan diatur mengikut kekosongan waktu guru.
4. Jumlah Kelas
  • Jumlah kelas wajib bagi setiap subjek (sebulan) adalah sebanyak 4 kali.
  • Sekiranya terdapat 5 minggu (5 kali kelas) bagi bulan tersebut:
    1. Pihak tuisyen berhak untuk menjadikan kelas ke-5 ini sebagai kelas ganti.
    2. Jika tiada kelas perlu diganti, kelas tersebut akan dianggap sebagai kelas bonus.
    3. Pihak tuisyen juga boleh membatalkan kelas ke-5 ini (jika perlu).
5. Kelas Semasa Cuti Umum
  • Kelas tidak akan dijalankan pada hari cuti umum (Rujuk Kalendar Akademik 2026 untuk senarai Cuti Umum 2026).
  • Sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan kelas pada hari cuti umum, pihak pusat tuisyen akan memaklumkan kepada pihak ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
  • Yuran bulanan tidak akan ditolak atau dipulangkan atas sebab cuti umum.
6. Disiplin Pelajar
  • Pelajar mesti berkelakuan & berpakaian sopan semasa menghadiri ke kelas.
  • Pusat tuisyen berhak menamatkan penyertaan pelajar jika berlaku sebarang salah laku sewaktu berada di premis pusat tuisyen.
  • Pusat tuisyen akan memaklumkan serta merta kepada pihak ibu, bapa atau penjaga jika terdapat sebarang salah laku di premis pusat tuisyen (senarai salah laku boleh dirujuk pada Peraturan Pusat Tuisyen yang akan diedarkan sebelum kelas bermula).
7. Bahan Pembelajaran
  • Setiap bahan pembelajaran yang diberikan adalah untuk kegunaan pelajar sahaja.
  • Ibu bapa perlu memastikan pelajar membawa peralatan yang diperlukan setiap kali pelajar hadir ke kelas.
  • Sekiranya terdapat mana-mana bahan pembelajaran yang diberikan telah hilang atau rosak, pelajar atau ibubapa/penjaga dikehendaki membayar kos penggantian bahan kepada pihak pusat tuisyen.
  • Jika buku tulis yang diberikan telah penuh/habis digunakan, pihak pusat tuisyen tidak akan memberikan buku tulis yang baru.
8. Keselamatan & Tanggungjawab
  • Pusat tuisyen hanya bertanggungjawab ke atas pelajar semasa waktu kelas sahaja.
  • Ibu bapa/penjaga wajib mengambil pelajar tepat pada masanya. Jika ibu/bapa/penjaga lambat untuk menjemput pelajar, diminta memaklumkan kepada pihak pusat tuisyen terlebih dahulu.
  • Pusat tuisyen tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan barang peribadi.
  • Sebarang kecuaian atau tindakan pelajar yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau kecederaan akan ditanggung oleh pihak ibu bapa/penjaga.
9. Komunikasi
  • Notis & makluman penting akan dihantar melalui WhatsApp nombor pejabat pusat tuisyen.
  • Sekiranya pelajar hanya menerima makluman dari guru di dalam kelas, ianya masih belum dikira rasmi.
  • Makluman hanya dianggap sah dan rasmi apabila diterima daripada pihak pejabat pusat tuisyen sahaja.
10. Notis Berhenti / Penamatan Kelas
  • Notis berhenti perlu diberikan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berhenti.
  • Notis boleh dimaklumkan melalui Whatsapp pejabat pusat tuisyen.
  • Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya pengunduran dibuat tanpa notis.
  • Penamatan kelas hanya dianggap sah setelah pihak pusat tuisyen menerima dan mengesahkan notis tersebut.
  • Yuran akan masih berjalan jika tiada sebarang notis pemberhentian dibuat.
  • Pusat tuisyen juga berhak menamatkan/menggantung penyertaan pelajar jika yuran tidak dibayar maksimum 2 bulan atau jika berlaku sebarang masalah disiplin.